Floral Design
Monday, 4 November 2013
Minat mengubah bunga bermula semasa saya hendak berkahwin. Konon-konon ingin membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain. Jadi mulalah mencipta bunga telur sendiri guna kertas riben yang berkilat tu. Potong kecil-kecil dan lipat seperti bentuk kipas. Saya membuatnya lebih kurang 10000 btg utk diberikan kpd tetamu yang datang. Bermula dari situlah minat mula datang sikit demi sikit. Kebetulan ibu mertuaku pula memang mengambil upah membuat bunga telur dan mengubah hantaran berkahwinan. Selalunya saya selalu membeli barang untuk membuat bunga telur di Petaling Jaya. Harganya agak berpatutan dan boleh tawar menawar jika kita beli lebih banyak. Lokasi kedainya di belakang bas station di Oldtown. Walaupun kedainya kecil tetapi barangnya banyak bangat. Sekarang ni sibuk pula buat bunga telur guna kertas tisu. Kalau nak guna kertas tisu beli kat ikea , kertasnya lembut dan banyak warna pilihan. Kalaupun harganya mahal tetapi puas hatilah jugak. Kalau naak guna kertas cripe kena cari yang lembut, ada lebih kurang 3 atau 4 jenis kertas cripe ni. Kena hati-hati takut kena yang kertas bunga jadi kejung (keras). Saya pernah kena kertas cripe yang keras, aduh payahnay nak buat. Kalau buat guna kain net pun cantik juga. Tapi kena bentuk kelopak bunga guna dawai dulu baru potong net ikut bentuk kelopak dawai itu tadi. Kemudian gam. Boleh buat bentuk bunga orkid memang cantik. Tapi kerjanya memang rumit. Rasanya ramai yang pernah buat bunga tisu. Saja nak berkongsi pengalaman. Walaupun tgn sakit, tetapi dpt rasa kepuasan bila tengok hasilnya.
Monday, 10 June 2013
FLORAL DESIGN
Wikipedia - Floral design is the art of using plant materials and flowers to create a pleasing and balanced composition. Evidence of refined floristry is found as far back as the culture of Ancient Egypt. Professionally designed floral designs, arrangements or artwork incorporate the elements of floral design: Line, Form, Space, Texture and Color and the Principles of Floral Design: Balance, Proportion, Rhythm, Contrast, Harmony and Unity
Subscribe to:
Posts (Atom)